Pengenalan

Pengenalan

WARIS SULTAN PERAK KE XXXIII

YANG AMAT MULIA RAJA IZZUDDIN ISKANDAR SHAH AL-HAJ IBNI ALMARHUM SULTAN IDRIS A’FIFULLAH SHAH

يڠ امت مليا راج عز الدين إسكندر شاه الهاج ابن المرحوم سلطان إدريس ا'فيفو الله شه

Istana Seri Tambun Perak

Sejarah Kesultanan Perak Dari Tahun 1887 - 2024

Sultan. Abd Jalil Nasruddin Mukhtaram Shah
Sultan Perak ke 29; 1916-1918. Setelah kemangkatan Almarhum Sultan Idris Shah I, putera Almarhum, Raja Abdul Jalil Nasruddin Shah, telah diangkat menjadi Sultan Perak yang ke-29 pada bulan Januari 1916. Raja Abdul Jalil Nasruddin Shah ditabalkan dengan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah dan bersemayam di Bukit Chandan, Kuala Kangsar.
Sultan Iskandar Shah ibni al-Marhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah Rahmatullah
Sultan Iskandar Shah ibni al-Marhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah Rahmatullah dimasyhurkan sebagai Sultan Perak yang ke-30, menggantikan kekanda tiri baginda, Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah, dan bergelar Sultan Iskandar Shah. Baginda bersemayam di Istana Kenangan, kemudian berpindah ke Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.
Sultan Abdul Aziz al-Mu’tasim Billah Shah Raja Abdul Aziz
Sultan Abdul Aziz al-Mu’tasim Billah Shah Raja Abdul Aziz telah dilantik menjadi Sultan Perak yang ke-31 pada tahun 1938 dengan gelaran Sultan Abdul Aziz al-Mu'tasim Billah Shah. Istiadat pertabalan baginda berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 4 Mac 1939. Baginda merupakan paduka putera sulong al-Marhum Raja Muda Musa ibni al-Marhum Sultan Ja’afar Safiuddin Mu’azzam Shah Walilullah, cucunda Raja Jaafar bakal sultan seterusya, dan Raja Jaafar Billah adikanda.
Sultan Yussuff Izzuddin Shah
Sultan Yussuff Izzuddin Shah merupakan Sultan Perak Darul Ridzuan ke-32. Baginda menaiki takhta kerajaan Negeri Perak pada 29 Mac 1948, dan baginda bergelar Sultan Yussuff Izzuddin Shah ibni al-Marhum Sultan Abdul Jalil Karamatullah Nasiruddin Muhtaram Shah Radziallahu 'An-hu, dan bersemayam di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
Sultan Idris Al-Mutawakil Alallahi Shah ibni al-Marhum Sultan Iskandar Shah Kaddasullah
Sultan Idris Al-Mutawakil Alallahi Shah ibni al-Marhum Sultan Iskandar Shah Kaddasullah (Jawi: ‏سلطان إدريس المتواكيل الا الله شاه ابن المرحوم سلطان إسكندر شاه كادداسو الله‎‎; 17 Ogos 1924 - 31 Januari 1984) atau selepas kemangkatannya dikenali Sebagai Al-Marhum Sultan Idris A'fifullah Shah merupakan Sultan Perak ke-33 yang memerintah selama 21 tahun bermula dari 5 Januari 1963 sehingga 31 Januari 1984.
YTM RAJA DATO' SERI IZZUDDIN ISKANDAR SHAH AL-HAJ (Raja Kechil Besar Perak)
Di lahirkan pada 5hb. March 1953, Setelah kemangkatan ayahanda baginda Sultan Idris Shah II, sepatutnya Baginda di angkat menjadi Sultan Perak yang ke 34, tetapi Majlis Raja-Raja telah menggantikan anakanda saudara sepupu, kepada Al-Marhum Sultan Idris Afifullah Shah iaitu Raja Azlan Shah.
Sultan. Abd Jalil Nasruddin Mukhtaram Shah.
Sultan Perak ke 29; 1916-1918. Setelah kemangkatan Almarhum Sultan Idris Shah I, putera Almarhum, Raja Abdul Jalil Nasruddin Shah, telah diangkat menjadi Sultan Perak yang ke-29 pada bulan Januari 1916. Raja Abdul Jalil Nasruddin Shah ditabalkan dengan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah dan bersemayam di Bukit Chandan, Kuala Kangsar.
Sultan Iskandar Shah ibni al-Marhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah Rahmatulla
Sultan Iskandar Shah ibni al-Marhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah Rahmatullah dimasyhurkan sebagai Sultan Perak yang ke-30, menggantikan kekanda tiri baginda, Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah, dan bergelar Sultan Iskandar Shah. Baginda bersemayam di Istana Kenangan, kemudian berpindah ke Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar
Sultan Abdul Aziz al-Mu’tasim Billah Shah Raja Abdul Aziz
Sultan Abdul Aziz al-Mu’tasim Billah Shah Raja Abdul Aziz telah dilantik menjadi Sultan Perak yang ke-31 pada tahun 1938 dengan gelaran Sultan Abdul Aziz al-Mu'tasim Billah Shah. Istiadat pertabalan baginda berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 4 Mac 1939. Baginda merupakan paduka putera sulong al-Marhum Raja Muda Musa ibni al-Marhum Sultan Ja’afar Safiuddin Mu’azzam Shah Walilullah, cucunda Raja Jaafar bakal sultan seterusya, dan Raja Jaafar Billah adikanda.
Sultan Yussuff Izzuddin Shah
Sultan Abdul Aziz al-Mu’tasim Billah Shah Raja Abdul Aziz telah dilantik menjadi Sultan Perak yang ke-31 pada tahun 1938 dengan gelaran Sultan Abdul Aziz al-Mu'tasim Billah Shah. Istiadat pertabalan baginda berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 4 Mac 1939. Baginda merupakan paduka putera sulong al-Marhum Raja Muda Musa ibni al-Marhum Sultan Ja’afar Safiuddin Mu’azzam Shah Walilullah, cucunda Raja Jaafar bakal sultan seterusya, dan Raja Jaafar Billah adikanda.
Sultan Idris Al-Mutawakil Alallahi Shah ibni al-Marhum Sultan Iskandar Shah Kaddasullah
Sultan Idris Al-Mutawakil Alallahi Shah ibni al-Marhum Sultan Iskandar Shah Kaddasullah (Jawi: ‏سلطان إدريس المتواكيل الا الله شاه ابن المرحوم سلطان إسكندر شاه كادداسو الله‎‎; 17 Ogos 1924 - 31 Januari 1984) atau selepas kemangkatannya dikenali Sebagai Al-Marhum Sultan Idris A'fifullah Shah merupakan Sultan Perak ke-33 yang memerintah selama 21 tahun bermula dari 5 Januari 1963 sehingga 31 Januari 1984.
YTM Raja Dato' Seri Izzuddin Iskandar Shah Al-Haj (Raja Kechil Besar Perak)
Di lahirkan pada 5hb. March 1953, Setelah kemangkatan ayahanda baginda Sultan Idris Shah II, sepatutnya Baginda di angkat menjadi Sultan Perak yang ke 34, tetapi Majlis Raja-Raja telah menggantikan anakanda saudara sepupu, kepada Al-Marhum Sultan Idris Afifullah Shah iaitu Raja Azlan Shah

ISTANA SERI TAMBUN

KEDIAMAN RASMI YTM RAJA DATO' SERI IZZUDDIN ISKANDAR SHAH AL-HAJ

Sultan Idris Al-Mutawakil Alallahi Shah ibni al-Marhum Sultan Iskandar Shah Kaddasullah (Jawi: ‏سلطان إدريس المتواكيل الا الله شاه ابن المرحوم سلطان إسكندر شاه كادداسو الله‎‎;

17 Ogos 1924 – 31 Januari 1984) atau selepas kemangkatannya dikenali Sebagai Al-Marhum Sultan Idris A’fifullah Shah merupakan Sultan Perak ke-33 yang memerintah selama 21 tahun bermula dari 5 Januari 1963 sehingga 31 Januari 1984.

Raja Idris Shah II diputerakan pada 17 Ogos 1924. ialah putera kedua ayahanda kepada Sultan Iskandar Shah dan bonda kepada Raja Puteh Umi Kalsom binti al-Marhum Raja Kulop Muhammad Kramat. Kekanda sulungnya meninggal dunia ketika hanya berusia 40 hari.

Pada 3 Januari 1931, Raja Idris memulakan persekolahan di Sekolah Melayu Bukit Chandan dan kemudiannya pada 1932, bersekolah di Sekolah Inggeris CliffordKuala Kangsar. Beliau dilantik sebagai Raja Di-Hilir Perak pada tahun 1934 ketika berumur 10 tahun untuk menggantikan Raja Chulan. Pada 17 Oktober 1938, Raja Idris dilantik sebagai Raja Bendahara Perak. Ketika itu, Sultan Perak ialah Sultan Abdul Aziz.

Raja Idris melanjutkan pendidikannya di Maktab Melayu Kuala Kangsar pada 12 Disember 1938 tetapi pelajarannya terganggu apabila Jepun menyerang Tanah Melayu pada 1941 semasa Perang Dunia II. Beliau menyertai pasukan Giyutai, sebuah pasukan pertahanan yang ditaja oleh tentera Jepun tetapi secara sulit, berhubung dengan pasukan gerila Force 136 yang dipimpin oleh Kolonel Dobree untuk menentangnya.

Pada tahun 1943 semasa pendudukan Jepun, Raja Idris berkahwin dengan Raja Muzwin binti Raja Ariff Shah dan dikurniakan dua orang putera dan tiga orang puteri. Salah seorang daripada puterinya adalah RAJA ZARITH SOFIAH, isteri kepada SULTAN JOHOR SULTAN IBRAHIM. Raja Idris Shah bertugas di Pejabat Tanah, Kuala Kangsar sebagai Penolong Pemungut Cukai Hasil Tanah antara tahun-tahun 1943 – 1945, dan seterusnya ditempatkan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Apabila Sultan Abdul Aziz mangkat pada tahun 1948, Sultan Yussuf Izzuddin Shah dimasyhurkan menjadi Sultan Perak ke-32. Raja Idris dilantik sebagai Raja Muda Perak yang bersemayam di Teluk Intan. Pada tahun 1949, beliau ke England untuk menyertai kursus Kerajaan Tempatan, Kebajikan Masyarakat dan Ekonomi Agraria di Universiti London.

Sekembalinya ke Perak pada tahun 1951, Raja Idris menyertai pasukan Angkatan Sukarela Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan ditauliah pangkat Leftenan. Beliau turut menerima latihan ketenteraan di Port Dickson, bersama-sama pasukan Askar Melayu dan kemudiannya, dinaikkan pangkat menjadi Mejar. Raja Idris turut serta memberi semangat kepada seluruh rakyat di Hulu Perak agar tidak tertipu dengan dakyah komunis.

Baginda dilantik sebagai pemangku Raja Perak antara tahun-tahun 1954 – 1956, saat kala Sultan Yussuff Izzuddin Shah berangkat ke England untuk mengunjungi seluruh Eropah. Pada 4 Januari 1963, Sultan Yussuff Izzuddin Shah mangkat di Bukit Chandan ketika berusia 72 tahun, dan Raja Idris, Raja Muda Perak, menjadi Sultan Perak pada 5 Januari 1963 ketika berusia 39 tahun, dengan gelaran Sultan Idris al-Mutawakil Alallahi Shah ibni al-Marhum Sultan Iskandar Shah Kaddasullah. Raja Muzwin ditabal sebagai Raja Perempuan Perak.

Sultan Idris amat minat akan muzik dan telah menghidupkan RIS Combo. Baginda minat juga akan memelihara pokok bungaseni fotosejarah negeri Perak dan sukan lumba kuda.

Pada 4 Ogos 1976, Sultan Idris merasmikan Kampung Ganda Temenggor, berikutan pembinaan Empangan Temenggor yang menenggelamkan kampung yang lama. Stesen Janakuasa Hidroelektrik Temenggor dirasmikan oleh Sultan Idris pada 19 September 1979. Pada tahun 1980, nama Sekolah Menengah Dato Maharaja Lela Kampung Gajah ditukarkan menjadi Sekolah Menengah Dato Seri Maharaja Lela (SMDSML) semasa baginda mengunjungi Kampung Gajah.

Pada 11 Jun 1983, bot Seri Andalan, sebuah bot mewah milik Sultan Idris, dilancarkan di Pelabuhan LumutPerak. Dalam kebanyakan lawatannya, baginda mengenakan pakaian tentera berceloreng, dilengkapi dengan pistol di pinggang.

Sultan Idris Shah II bakal dipilih sebagai Yang Di-Pertuan Agong Malaysia yang kelapan. Namun begitu, telah ditakdirkan bahawa pada 31 Januari 1984, seminggu sebelum baginda dipilih oleh semua ahli Majlis Raja-raja Melayu, baginda mangkat secara mengejut selepas mengalami serangan jantung di Hospital Angkatan Tentera, Lumut pada jam 11:15 malam.

Istiadat pemakaman jenazah baginda berlangsung pada 3 Februari 1984 dan baginda telah dimakamkan di Makam Diraja Bukit Chandan berhampiran Masjid UbudiahKuala Kangsar.

Baginda telah digantikan oleh anakanda saudara sepupu, Raja Azlan Shah. Selepas kemangkatannya, baginda kemudiannya bergelar Al-Marhum Sultan Idris A’fifullah Shah.

  1. Raja Noor Izah binti Raja Ali (k. 1944; c. 1956)
  2. Raja Muzwin binti Raja Ariff Shah(k. 1951; m 2011)
  3. Che Asmah (c.)
  4. Che Puan Hanizah
  5. Che Puan Aminah
    (k. 1960; 1984)
  6. Sharifah Salmah binti Syed Ahmad (k. 1963)
    Che Satira binti Abdullah
    (k. 1968; m 2011)
  7. Norizan binti Hamzah (m. 2006)
  1. YTM RAJA DATO’ SERI IZZUDDIN ISKANDAR SHAH AL-HAJ 
  2. Raja Iskandar Dzurkarnain(Raja Di-Hilir Perak)
  3. Raja Shahruzzama
  4. Raja Alang Iskandar
  5. Raja Jamil Ariffin
  6. Raja Ahmaddin Razman
  7. Raja Shaharuddin Rashid
  8. Raja Nazhatul Shima(Raja Puan Besar Perak)
  9. Raja Halimatun Shahrin
  10. RAJA ZARITH SOFIAH (Permaisuri Johor)
  11. Raja Radziatul Zahar (mangkat ketika bayi)
  12. Raja Juliana Rafeah
  13. Raja Saidatul Mardiah
  14. Raja Shuib

AHLI KELURGA YTM RAJA DATO' SERI IZZUDDIN ISKANDAR SHAH AL-HAJ

DYMM Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah Ibni Almarhum Sultan Idris Afifullah Shah

DYAM Raja Dihilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris Fifullah shah, YTM Raja Izzuddin Iskandar Shah ibni Almarhum Sultan Idris Afifullah Shah, DYTM Raja Puan Besar Perak Raja Nazhatul Shima ibni Almarhum Sultan Idris Afifullah Shah, DYMM Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah Ibni Almarhum Sultan Idris Afifullah Shah, DYAM Raja Puan Muda Tengku Suraya Ibni Almahum Sultan Abd Halim & YTM Tengku Nor Hazah Tengku Abd Aziz Alhaj YM Raja Teh Ummi Kalsom binti YTM Raja Izzuddin Iskandar